Monday 6 August 2012

Brothers

Assalamualaikum.




Hai.Hai.Hai. Ape kabar?

Ini ari guwa terasa nyaman dan indah. Angin sempoi-sempoi bahasa lembut menyapa tubuh guwa. Burung-burung bebas berkicauan di bumi Kg Kuantan. Kampung guwa. Mood plak, bebas berjalan lancar bak air di sungai sedim. So guwa pon terasa nak berblogging. Agak lame jugak la guwa menyepikan diri dari berblogging nie. Ada la dalam enam tujuh bulan. Malas Busy. Tetapi sekarang tidak lagi. Guwa free. Diploma guwa dah abes. Tiada lagi assignment, quiz dan test. Tiada lagi study lewat-lewat malam.

Tapi dalam guwa bergembira guwa berasa sedeh gak. Berpisah dengan kawan-kawan guwa. Brothers dan Budak-Budak Comel.*aceceh* So, arini guwa nak story sikit la kat lu orang pasal Brothers nie. Hmm.. bagi lu orang yang 'selalu' melawat blog guwa, lu orang mesti perasan guwa ada cakap pasal Brothers. Mesti lu orang tertanye-tanye kan sape brothers nie? Kalo tak tanye pon takpe lah, guwa nak bagitau gak. Haha.

Who's Brothers?

Yeahh, mereka adalah kawan-kawan yang guwa kenal selama tiga tahun di tempat guwa belajar, which is Penang. Dorang adalah kawan yang awesome. Banyak membantu guwa ketika susah dan senang. Brothers terdiri seramai 8 orang. Termasuk guwa. Ehem. Kami juga ada buat nama team. Nama diberi D-14. Kalo ada event macam main futsal, explorace, takraw or ape-ape la, kami gune nama tu. Oke cukop. Jom guwa kenal kan kat lu orang pasal dorang yang awesome nie. Check this out.*speaking*

***********
Ifwat a.k.a dowk.


Die yang paling tua diantara kami. Lahir bulan satu. Boleh dikatakan juga, sebagai penjaga kami la. Bagi guwa, die merupakan seorang cheerleader dalam Brothers. Gelak die jerk dah boleh buat orang ketawa. Mudah bergaul dengan orang. Guwa dapat banyak info bila lepak-lepak dengan die. Selalu buat lawak double meaning. " If You Know What I Mean" . Macam cilake. Happy selalu. Hensem dan sweet kadang-kadang gay comel. euww. Die jugak expert dalam bidang fesyen. Die yang mengajar guwa erti untuk tampak macho lagi bergaya. Haha. Awek? Hmmm, guwa takdak info. Owh lupe. Guwa penah excident dengan die sebab kaco awek india. Errgh. Kenangan. 

Redduan a.k.a monk


Oke. Die merupakan ketua kepada Brothers. Lahir pada bulan Februari. Boleh dikatakan sebagai abang kedua kepada kami selepas Ifwat. Segala urusan brothers macam duet sewa rumah dan lain-lain die hendel. Personal guwa cakap, die terbaik dalam menguruskan kami. Kadang-kadang guwa rase die macam mak-mak jerk. Haha. Suke buat lawak spontan. Suke mengamuk dan membebel bila paler die pening. Pastu bagi alasan stress study.*kejadah* Die seorang yang guwa rase seronok bila berbual. Mudah memberikan pandangan. Kalo guwa down or bersedih, die yang bagi semangat kat guwa walaupun kadang-kadang tak berguna pon. Haha. Awek? hmm cukup la ape yang terpapar di fb, tweeter, skype dan sewaktu dengan nyer. Tunggu nasi minyak je nie. Ohh lupe, die gak peneman tido guwa. haha. Lain bantal oke.

Hafiz a.k.a apischoki


Aisshh. Guwa tak tau nak describe camner. Haha. Die player terbaik futsal D-14.*aceceh*. Lahir pada bulan Mac. Kira macam abang ketiga la dalam Brothers. Mudah bergaul dengan orang. Peramah la citer die. Actually la kan, Brothers sumer peramah. Ehem. Die mempunyai tulisan yang cantik. Hensem dan bergaya. Awek? hmm dah ada kot. Hihi. Die mempunyai spesis penyakit yang sama dengan guwa bila presentation. Gegel. Haha. Seorang yang cool dan kuat berusaha. Juga pandai main gitar tp still merangkak-rangkak. Die ada ajar guwa main gitar lagu 'Happy Birthday'. Tapi guwa dah lupe.  Achaner tah kord dia.

Syafiq a.k.a Bonzer


Seriously, guwa rase bonzer seorang yang hebat. Guwa respek die. Die lahir pada bulan Mac juga. Cume lain tarikh dengan apiz. Citer die lambat sikit keluar dari apiz. Haha. Die boleh berdikari walau kat mana die di  campak. Pandai masak. 70% makanan yang kami makan di rumah sewa hasil dari air tangan beliau. Die juga merupakan bendahari bagi Brothers. Segala jual beli berkaitan Brothers, die hendel. Bermain di posisi keeper kedua untuk team futsal kami. Suke download muvie-muvie latest kadang-kadang download muvie bukan-bukan yang dah bertahun lame. Haha. Bermuka garang tetapi ada taman di hati. Jika ada masalah cinta, jumpa la bonzer. Die mempunyai ciri-ciri doktor cinta. Die pasti akan bantu. Awek? hmm, masih mencari kot. Tah la. Hehe.

Amad a.k.a Adam AF


Yeeaahhh. Brader nie paling stylo. Hensem ala-ala Adam. Pandai menari. Haha. *oke mengarut*. Actually la kan, guwa sangat-sangat terhutang budi dengan die, especially motor nyamok die. Betol-betol berjasa kepada guwa hampir 2 tahun setengah. Dalam Brothers, die yang paling rapat dengan guwa. Die lahir bulan yang sama dengan guwa, just die awal 2 mingu dengan guwa. Ciss. Die yang selalu kejutkan guwa bangun pagi untuk pi kelas. Pi kelas same dengan die naek nyamuk die. Satu kos dengan guwa. Banyak benda guwa buat same dengan die. Kalo asaimen or project berkumpulan mesti guwa buat dengan die. Pokok nya memang takdak muke lain ahh citer die. Haha. Awek? hmm, sudah berpunya. Itu je guwa boleh komen. Owh, die juga adalah master dalam bermain gitar dikalangan Brothers. Tapi tak penah ajar guwa dengan betul. Asek suruh belajar dengan internet. Puiiihh.

Star


Simple dan Sempoi. Tu jerk guwa boleh describe pasal die nie.

Jeffri a.k.a Ijoe


Errr.. Oke stylo, guwa tau. Hensem kacak bergaya. Mudah untuk didekati. Seorang ahli silat. Awek? Hmm jangan tanye guwa. Haha. Guwa tak tau die lahir bulan bape, *Actually takdak tulis kat fb* so guwa assume die bawah guwa. Haha. Ada motor yang laju dan bunyi taknak kalah. Tapi laju lagi nyamok Amad. LOL. Die adalah orang yang selalu stay bila cuti sem. Kira die macam guard la untuk rumah kami bila cuti sem. Bagus kan? Yang menarik pasal die nie, die satu-satu nyer anggota Brothers yang selalu beli durian untuk kami. Kami melantak jela. Haha. Selain tu, die suke tolong orang. Banyak benda la jugak la yang die tolong. Nak tulis kat sini satu-satu memang tak ahh.

Azizi a.k.a Madu


Die merupakan orang terakhir yang menyertai Brothers. Lahir bulan bape pon guwa taktau. Memandangkan die orang terakhir menyertai Brother, so kami decide die adalah adek yang bongsu. Seorang cool guwa rase. Die juga memainkan peranan sebagai tok imam dalam kalangan kami. Banyak memberi kata-kata nasihat dalam facebook dan di blog beliau. Sila-sila jenguk blog die. Hehe. Selain tu, die juga menguruskan baju resmi kami. Design baju, size baju, apa-apa la yang berkaitan baju resmi kami die hendel. Buat mase nie kami sudah ada tiga jenis baju resmi hasil dari usaha die. Awesome kan? Awek Kekasih hati? hmm selalu main tarik tali. Tah la. Haha.

***********

So, itu la die anggota Brothers. Sumenyer terdiri lapan orang jejake budiman. Ehem. Macam-macam dah kami lalui selama tiga tahun. Ada pahit, ada manis. Ada suka, ada duka. Nak kata kami tidak bergaduh, sangat mustahil. Kalo ikutkan hari-hari gaduh. Gaduh-gaduh manja. Awww. Haha. Actually, bukan tujuh orang nie je kawan-kawan Penang guwa yang awesome, ada lagi cuma guwa malas nak describe sorang-sorang kat sini. *sori ehh*. Lenkali guwa buat laa. Kalo rajin. Hehe. Oke la cukup sampai sini jer guwa nak stori. Kalo lebih-lebih kang Brothers terharu plak. *haha*. Kbai.




"we are strangers in the beginning, but now we are.... BROTHERS" - redduan mat aris.




P/s : Guwa tak berbuka puasa lagi dengan Brothers tahun nie. Sedeh.

Friday 6 January 2012

Pengalaman Pertama Kali

Assalamualaikum.



Hello. Ape Kabar? Sihat?

Pagi tadi tetiba guwa terbangun sendiri. Lantas guwa melihat jam yang terletak di dinding rumah guwa. Jam menunjukkan tepat jam 6 pagi. Entah kenapa guwa boleh bangun awal tak dapat guwa nak jelaskan dengan kata-kata mahupun tulisan. Mungkin terlebih esaited. Kebiasaannya guwa bangun di kejutkan oleh bonda mengunakan tali pinggang ayahanda guwa. Tapi kali nie tidak lagi. Abang dan adek-adek guwa maseh belum bangun. Mungkin ingin bonda mengejutkan mereka. Bonda yang seakan terkejut bagaimana guwa boleh bangun seawal tu hanya mampu tersenyum tipis. Kemudian guwa gagah kan diri pegi mandi di pagi hari. Sejuk. Badan guwa terasa seperti dicucuk-cucuk dengan bilang pedang. Tetapi disebabkan azam yang kuat, guwa anggap itu sumer khayalan.

Seterusnya guwa siap-siapkan diri menunaikan solat subuh bersama-sama family guwa. Diimamkan oleh ayahanda guwa. Khusyuk. Guwa berdoa kepada tuhan agar dipermudahan urusan guwa pada hari ini. Selesai solat, bonda guwa bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Ayahanda pula tidak bekerja hari nie. Katanya hendak menghantar guwa pada hari pertama. Guwa hanya mengiyakan.

" angah cepat siap-siap pakai baju, pastu sarapan. Cepat. Nanti abah nak antar", bonda memberi arahan. 

"ye mak", guwa membalas ringkas. 

Guwa dengan pantas menyarung baju kemeja berbaju puteh dan berseluar slack itam air laut kemudian segera ke dapur untuk sarapan pagi. Bonda buat nasi goreng kampung telo mata. Air teh O panas. Sedap.



Jam 7.30 pagi, setelah bersalaman memohon restu dari bonda, guwa keluar bersama-sama ayahanda dan abang guwa menaiki motor suzuki petak. Kami bertriple diatas motor. Kami menuju ke tempat yang dimana guwa akan memulakan pembelajaran. Mengenal erti ABC dan 123. Tempat dimana guwa ingin mencapai cita-cita. Sekolah. Yeah. Sekolah pada hari pertama. Sampai sahaja, guwa melihat ada ramai orang. Guwa jadi esaited. Ada budak-budak lebih kurang sebaya guwa dan ada juga tua dari guwa. Ada juga ibubapa. Masing-masing muka ceria. Ada juga muke tak siap ceria. Takut mungkin. 

Kemudian guwa disuruh berkumpul. Perhimpunan pagi. Murid-murid disuruh beratur mengikut kelas masing-masing. Guwa yang maseh terpinga-pinga mengikut ape saja yang disuruh. Pengawas sekolah yang lengkap memakai baju merah jambu siap tie itam berseluar hitam biru air laut menjalankan tugas mengawal murid-murid.

"tangan angkat, tangan jatuh, tangan angkat, tangan jatuh", ketua pengawas memberi arahan.

Selepas sumer keadaan terkawal, ketua pengawas memulakan majlis perhimpunan pagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa, ikrar pelajar, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah mengikut alunan muzik radio. Semangat. Kemudian ketua pengawas menyerahkan majlis kepada guru yang bertugas pada minggu itu. Tak banyak ape yang diperkatakan oleh guru bertugas. Lebih menekan ayat 'Selamat Datang Murid-Murid Baru'. Berakhir perhimpunan pagi, murid-murid diminta masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran pada hari pertama persekolahan.



Guwa ditempatkan di kelas Tahun 1. Suasana kelas meriah jerk bila guwa jejakkan kaki di hadapan kelas. Mereka seperti meraikan kedatangan guwa. Mungkin kerana rupa paras guwa yang ala-ala Aaron Aziz kot. *perasan*. Guwa teragak-agak untuk masuk pada awalnye, maklumla suasana baru. Ada kawan-kawan baru. Guwa tepis perasaan was-was, guwa melangkah kedalam kelas penuh yakin. Guwa melihat sekeliling. Mencari-cari tempat untuk duduk. 

*********

Guwa duduk di sebelah belakang kelas. Sengaja guwa pilih tempat tu. Senang untuk meninjau-ninjau keadaan kelas. Hehe. Disebelah kanan guwa, seorang budak berbadan dua besar, kulit itam manis. Ada jangut sikit. Ala-ala bonzer. Haha. Kelihatan ceria. Guwa cuba berbual.

"hi, saya aaron. Awak?", guwa memulakan kata-kata.

"kiter Syafiq, selamat berkenalan. Hehe", beliau tersenyum riang.

Guwa beralih di sebelah kiri pula. Seorang budak lelaki. Berkulit cerah. Rambut sikat tepi, kurus tidak bermaya. Kelihatan sugul. Mata bewarna merah dan berair. Nanges guwa rase. Guwa malas nak siasat punca beliau nanges, silap-silap guwa dituduh pencetus sebab beliau menanges. Guwa just *speaking* anggap beliau maseh belum bersedia untuk berada di alam persekolahan. Hehe.



Sedang guwa usha-usha sekeliling kelas, guwa ada perasan ada dalam tiga empat orang awek dok usha-usha guwa dari tadi. Semacam jerk. Siap maen kelip-kelip mata dengan guwa. Nak ngorat guwa rase. Guwa tak tau ape yang spesial kat guwa sampai mereka beria-ria mengusha guwa. Guwa buat tak tau jerk. Guwa bukan mahu menghampakan mereka, tapi guwa maseh terlalu muda, tidak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti sebegitu. Ehem.

*********

Hari pertama persekolahan, guwa rase sangat gembira. Guwa dapat ramai kawan baru. Macam-macam ragam. Ada yang hyper aktive, ada yang low profile, ada yang kuat tacink, hmm macam-macam ahh. Hari pertama tak belajar lagi. Cikgu masuk pon just nak kenal-kenal dengan murid-murid baru. Murid-murid pulak ada yang buat bising, baling-baling roket ketas, tido, maen kejar-kejar dan lain-lain. Citer die aktiviti yang beser budak-budak buat ahh. 

Citer die, jadi budak sekolah seronok. Tak perlu pikir macam-macam. Tak macam orang dewasa. Pikir pasal kerja la, awek la, keluarga la, duet la, lalalala. Haha. Budak sekolah? Simple. Datang sekolah, belajar ape yang patut, then balik. Best kan? Aishhh. Seronok jadi budak sekolah. Ayuh kembali ke sekolah. Ayuh!! Kbai.


"there's no other way to grab the past" - member guwa.


P/s : Based on pengalaman guwa. Banyak merapu dari kisah sebenar. Haha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...