Friday 6 January 2012

Pengalaman Pertama Kali

Assalamualaikum.



Hello. Ape Kabar? Sihat?

Pagi tadi tetiba guwa terbangun sendiri. Lantas guwa melihat jam yang terletak di dinding rumah guwa. Jam menunjukkan tepat jam 6 pagi. Entah kenapa guwa boleh bangun awal tak dapat guwa nak jelaskan dengan kata-kata mahupun tulisan. Mungkin terlebih esaited. Kebiasaannya guwa bangun di kejutkan oleh bonda mengunakan tali pinggang ayahanda guwa. Tapi kali nie tidak lagi. Abang dan adek-adek guwa maseh belum bangun. Mungkin ingin bonda mengejutkan mereka. Bonda yang seakan terkejut bagaimana guwa boleh bangun seawal tu hanya mampu tersenyum tipis. Kemudian guwa gagah kan diri pegi mandi di pagi hari. Sejuk. Badan guwa terasa seperti dicucuk-cucuk dengan bilang pedang. Tetapi disebabkan azam yang kuat, guwa anggap itu sumer khayalan.

Seterusnya guwa siap-siapkan diri menunaikan solat subuh bersama-sama family guwa. Diimamkan oleh ayahanda guwa. Khusyuk. Guwa berdoa kepada tuhan agar dipermudahan urusan guwa pada hari ini. Selesai solat, bonda guwa bergegas ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Ayahanda pula tidak bekerja hari nie. Katanya hendak menghantar guwa pada hari pertama. Guwa hanya mengiyakan.

" angah cepat siap-siap pakai baju, pastu sarapan. Cepat. Nanti abah nak antar", bonda memberi arahan. 

"ye mak", guwa membalas ringkas. 

Guwa dengan pantas menyarung baju kemeja berbaju puteh dan berseluar slack itam air laut kemudian segera ke dapur untuk sarapan pagi. Bonda buat nasi goreng kampung telo mata. Air teh O panas. Sedap.



Jam 7.30 pagi, setelah bersalaman memohon restu dari bonda, guwa keluar bersama-sama ayahanda dan abang guwa menaiki motor suzuki petak. Kami bertriple diatas motor. Kami menuju ke tempat yang dimana guwa akan memulakan pembelajaran. Mengenal erti ABC dan 123. Tempat dimana guwa ingin mencapai cita-cita. Sekolah. Yeah. Sekolah pada hari pertama. Sampai sahaja, guwa melihat ada ramai orang. Guwa jadi esaited. Ada budak-budak lebih kurang sebaya guwa dan ada juga tua dari guwa. Ada juga ibubapa. Masing-masing muka ceria. Ada juga muke tak siap ceria. Takut mungkin. 

Kemudian guwa disuruh berkumpul. Perhimpunan pagi. Murid-murid disuruh beratur mengikut kelas masing-masing. Guwa yang maseh terpinga-pinga mengikut ape saja yang disuruh. Pengawas sekolah yang lengkap memakai baju merah jambu siap tie itam berseluar hitam biru air laut menjalankan tugas mengawal murid-murid.

"tangan angkat, tangan jatuh, tangan angkat, tangan jatuh", ketua pengawas memberi arahan.

Selepas sumer keadaan terkawal, ketua pengawas memulakan majlis perhimpunan pagi. Majlis dimulai dengan bacaan doa, ikrar pelajar, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah mengikut alunan muzik radio. Semangat. Kemudian ketua pengawas menyerahkan majlis kepada guru yang bertugas pada minggu itu. Tak banyak ape yang diperkatakan oleh guru bertugas. Lebih menekan ayat 'Selamat Datang Murid-Murid Baru'. Berakhir perhimpunan pagi, murid-murid diminta masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran pada hari pertama persekolahan.



Guwa ditempatkan di kelas Tahun 1. Suasana kelas meriah jerk bila guwa jejakkan kaki di hadapan kelas. Mereka seperti meraikan kedatangan guwa. Mungkin kerana rupa paras guwa yang ala-ala Aaron Aziz kot. *perasan*. Guwa teragak-agak untuk masuk pada awalnye, maklumla suasana baru. Ada kawan-kawan baru. Guwa tepis perasaan was-was, guwa melangkah kedalam kelas penuh yakin. Guwa melihat sekeliling. Mencari-cari tempat untuk duduk. 

*********

Guwa duduk di sebelah belakang kelas. Sengaja guwa pilih tempat tu. Senang untuk meninjau-ninjau keadaan kelas. Hehe. Disebelah kanan guwa, seorang budak berbadan dua besar, kulit itam manis. Ada jangut sikit. Ala-ala bonzer. Haha. Kelihatan ceria. Guwa cuba berbual.

"hi, saya aaron. Awak?", guwa memulakan kata-kata.

"kiter Syafiq, selamat berkenalan. Hehe", beliau tersenyum riang.

Guwa beralih di sebelah kiri pula. Seorang budak lelaki. Berkulit cerah. Rambut sikat tepi, kurus tidak bermaya. Kelihatan sugul. Mata bewarna merah dan berair. Nanges guwa rase. Guwa malas nak siasat punca beliau nanges, silap-silap guwa dituduh pencetus sebab beliau menanges. Guwa just *speaking* anggap beliau maseh belum bersedia untuk berada di alam persekolahan. Hehe.



Sedang guwa usha-usha sekeliling kelas, guwa ada perasan ada dalam tiga empat orang awek dok usha-usha guwa dari tadi. Semacam jerk. Siap maen kelip-kelip mata dengan guwa. Nak ngorat guwa rase. Guwa tak tau ape yang spesial kat guwa sampai mereka beria-ria mengusha guwa. Guwa buat tak tau jerk. Guwa bukan mahu menghampakan mereka, tapi guwa maseh terlalu muda, tidak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti sebegitu. Ehem.

*********

Hari pertama persekolahan, guwa rase sangat gembira. Guwa dapat ramai kawan baru. Macam-macam ragam. Ada yang hyper aktive, ada yang low profile, ada yang kuat tacink, hmm macam-macam ahh. Hari pertama tak belajar lagi. Cikgu masuk pon just nak kenal-kenal dengan murid-murid baru. Murid-murid pulak ada yang buat bising, baling-baling roket ketas, tido, maen kejar-kejar dan lain-lain. Citer die aktiviti yang beser budak-budak buat ahh. 

Citer die, jadi budak sekolah seronok. Tak perlu pikir macam-macam. Tak macam orang dewasa. Pikir pasal kerja la, awek la, keluarga la, duet la, lalalala. Haha. Budak sekolah? Simple. Datang sekolah, belajar ape yang patut, then balik. Best kan? Aishhh. Seronok jadi budak sekolah. Ayuh kembali ke sekolah. Ayuh!! Kbai.


"there's no other way to grab the past" - member guwa.


P/s : Based on pengalaman guwa. Banyak merapu dari kisah sebenar. Haha.


2 comments:

  1. seluar slack hitam air laut???
    air laut hitam??
    air laut bukan colourless??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,, tersilap2,, :D
      air laut colourless ehh? xperasan,, hahaha,,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...